Menghantar
kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak
mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan.
Namun jika
anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang “cekik
darah”, lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan
kerosakkan yang diservis.
Berikut
adalah 22 perkara asas tentang servis kereta yang kami yakin amat penting bagi
anda semua supaya tidak lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di
bengkel-bengkel jerung yang ada. Semoga bermanfaat. - petuaseharian.blogspot.com
1. Minyak
Hitam
Minyak hitam
yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalau yg
sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.
2. Filter -
sama seperti minyak enjin.
Minyak
mineral biasa - 5000km
Minyak
Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam
ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu
sekali (oil filter)
3. Spark
Plug
Ditukar
selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda
menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah.
Alatan ini bukan kritikal sangat.
Tetapi kalau
dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu
ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.
4. Bateri
Kereta
Selepas 18
bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada
cara penggunaan.
Jika anda
sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai
2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun
bateri boleh “kong”.
Free
maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi
hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips:
Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan
cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh
dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY. tapi ada juga jenama yang tak
terkenal tapi elok!
Bateri yang
baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.Bandingkan bateri
tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50
dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil biasanya pakai NS40 atau NS40L..begitu
la citernya!
5. Timing
Belt
Bila perlu
ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga.
Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu
bertahan sehingga 160,000 km.
Jadi anda
hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan.
Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km
perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. Clutch
Plat
Cluth Plug
ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom
“cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. Fuel
Filter
Tukar aje la
sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.
8. Air
Filter (Filter Udara)
Perlu
ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type,
anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya
sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic
Transmission Fluid)
Minyak ni
memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan
setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km
kepada pengguna yang ingin berjimat.
Jangan
abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada
AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.
Kalau anda
rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan
oleh sesetengah bengkel.
10. Gear
Oil
Untuk mereka
yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya
perlu gunakan Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11. Brake
Fluid dan Power Steering Fluid
Kalau rajin
boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator
Coolant
Harga
sebotol adalah RM8-RM15. Selalunya berwarna hijau. Setiap 60,000km
bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air
radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak
berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah
mendidih!
13. Air-Cond
Belt / Alternator Belt
Belt-belt ni
perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa
menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con
dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini
kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau
bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt
tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt
ini.
14. Adalah
diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”,
“6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan
penyelengaraan.
Maksudnya,
benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive
maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang
kritikal dimasa akan datang!
15. Minyak
Hitam
Untuk minyak
mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak
semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000
km atau 1 tahun.
Berhati-hati
ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak
berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol
mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi
dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada
beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha
bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini
dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih
selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul
yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
16. Minyak
Gear
Jika manual,
perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap
20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
Paling bagus
untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu
ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.
17. Flush
Kalau dalam
buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter.
Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun
boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap
80,000km.
Tapi pernah
terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan
timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya.
Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar.
Aircond
belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau
apabila nampak rekahan.
18. Water
Pump
Ditukar apabila
menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap
80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km,
elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.
Nak tukar
water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa
yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.
Spark plug
ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih
berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.
Kalau spark
plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul
kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda
piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau
bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket
ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku
coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja
penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.
19. Biasanya
top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.
Tetapi ada
juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena
top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila
rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.
Minyak brake
juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua
kali ganda jangka hayatnya.
20. Pada
asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam
blok enjin.
Secara
asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan
pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk
manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and
tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass.
Jadi adalah
dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat
ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam
sekitar 60,000km jarak perjalanan.
21.
Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt
pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin
V6 bagi model sebelum tahun 1999.
Pada tahun
1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan
sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena
tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer
ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi
servis dan penyelenggaraan pengeluar.
Banyak
kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada
timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya
menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :
Camry ACV30
– enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla
Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 –
enjin 1NZ-FE 1500cc
22. Model
seperti Honda CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk model CRV
baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui
enjin i-VTEC.