Tahukah anda pemeriksaan dan servis kereta sebenarnya perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan kereta anda sentiasa berkeadaan baik dan mengelakkan daripada sebarang kerosakan. Terdapat beberapa tips asas yang anda boleh ketahui terhadap kereta anda.
Kali ini saya ingin kongsikan tentang 10 tips asas servis kereta supaya kereta anda sentiasa berkeadaan baik dan selamat.
Berikut adalah 10 tips utama asas servis kereta:
1.Minyak Hitam
Perkara paling penting anda perlu servis adalah minyak hitam atau minyak enjin. Minyak hitam haruslah ditukar 3 atau 6 bulan sekali bagi mengelakkan berlakunya kerosakan kepada enjin kereta. Minyak hitam yang bukan sintetik, setiap 5000km atau 3 bulan whichever is earlier. Kalau yang sintetik, mungkin 7500 atau 10,000km sahaja.
2.Oil Filter
Sama seperti minyak enjin juga. Minyak selalu kebiasaannya 5000km, minyak sintetik 7500-10000km. Dalam erti kata lain, apabila tukar minyak enjin, maka tukarlah sekali oil filter juga.
3.Spark Plug
20000km ikut jadual maintenance book. Tapi kalau dah lebih 40k tidak tukar, electrode pun dah nipis atau nampak kesan hitam, sepatutnya anda perlu tukar. Harga sekitar RM 20-30 untuk 4 biji.
4.Bateri Kereta
Bateri kereta boleh bertahan antara 8 bulan hingga 2 tahun, mengikut kepada cara penggunaan seseorang pemandu tersebut. Kalau anda selalu topup air suling, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau kancil, biasanya pakai NS40 atau NS40L.
5.Brake Pad
Brake pad selalunya perlu ditukar apabila haus atau bila rasa brek kurang mencengkam. Biasanya, kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brek pun sama jugak. Brek belakang tahan lebih lama dari brek depan , sebab biasanya double.
6.Timing Belt
60,000km untuk kereta Proton Wira, dan Saga. Jadi, timing belt biasanya mengikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, sampai 60,000km terus tukar tak kiralah anda pakai kereta jenis apapon.
7.Fuel Filter
Tukar sekitar 40,000 km sekali. Murah sahaja, sekitar dalam RM15-20.
8.Oil Gear
Untuk mereka yang pakai manual gearbox sahaja. Kereta anda tidak perlu pakai ATF, tapi sebaliknya pakailah oil gear. Bende ini boleh ditukar 60,000km sekali.
9.Water Pump
Water pump perlu ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Katalah, kita tukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana jangka hayat pun hampir tiba.
10.Clutch Pad
Clutch plate ialah perkara subjektif. Biasanya clutch pad ditukar apabila berlakunya "clutch slipping"sewaktu pemanduan kita. Kebiasanya clutch pad ini jarang ditukar.
Semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment